Made Everyday

Sejarah

Sejarah M'sia dimulai sejak zaman Homo Malingicus datang ke Malaka.

Skor A+

Cara - cara untuk mendapat keputusan cemerlang?

Peperangan

Apakah faktor tercetusnya Peperangan Dunia Ke-2?
 

Welcome to History Online

Adakah anda merasai subjek Sejarah ini membebankan dan susah untuk diingati?
History Online mempamirkan nota-nota sejarah yang Paling Ringkas dan Padat.
Laman blog ini Khas untuk Mata pelajaran Sejarah PMR khusus untuk pelajar-pelajar Tingkatan 1, 2 DAN 3 yang AKAN mengambil Mata Pelajaran Sejarah PMR.
Semoga Anda mendapat manafaat daripada blog ini. Selamat belajar.
"SEJARAH MENGAJAR KITA ERTI SEBUAH KEHIDUPAN"

Bab 3 - Ancaman Parti Komunis Malaya dan Darurat

Nota Bestari Ting 3 - Bab3


►Pengusupan dan Kegiatan Pengganas Komunis
 Komunisme diasaskan oleh Karl Marx
 Komunisme memperjuangkan
 masyarakat tanpa kelas
 memiliknegarakan tanah dan perindustrian.
. Communist International (Comintern) Pertubuhan Komunis Antarabangsa sebar komunis ke seluruh dunia.

 Cara penyusupan Komunis
 Penubuhan Parti Komunis Malaya (PKM)
 Keganasan komunis


►Langkah Membanteras Ancaman Komunis

 Pengisytiharan darurat
1. Komunis bunuh tiga orang pengurus ladang berbangsa Eropah di Sungai Siput, Perak.
2. Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Edward Gent isytiharkan darurat di seluruh Tanah Melayu.
3. British kuatkuasakan Undang-undang Darurat 1948(boleh menahan sesiapa sahaja yang disyaki terlibat
dalam komunis dan membenarkan pasukan keselamatan menggeledah rumah kediaman)

 Pengharaman Parti Komunis Malaya atau parti berhaluan kiri
1. Parti Komunis Malaya diharamkan
2. Pengharaman parti politik berfahaman kiri yang memperjuangkan kemerdekaan seperti Angkatan
Wanita Sedar (AWAS), 
Ikatan Pemuda Tanah Air Melayu (PETA), 
Pemuda Radikal Melayu (PKMM)
Hisbul Muslimin.

 Memperbesarkan pasukan keselamatan
1. Memperbesarkan pasukan tentera dan polis.
2. Pasukan polis disusun semula dan diperbesarkan
3. Bawa masuk askar dari negara Komanwel (Australia, New Zealand, Afrika Timur dan Fiji)
4. Tubuhkan pasukan Home Guard di peringkatkampung
5. Penubuhan pasukan Home Guard meniupkan semangat mempertahankan negara.
6. Mata-mata Khas Melayu (Special Constables) dilatih mengawal ladang dan kwasan lombong
7. Pasukan keselamatan mengebom dan melakukan serangan hendap dgn bantuan Tentera Udara British.

 Rancangan Briggs
1. Dilancarkan oleh Sir Henry Gurney tahun 1950.
2. Leftenan Jeneral Sir Harold Rowdon Briggsmenjadi Pengarah Operasi.
3. Penempatan semula penduduk di kawasan pinggirhutan ke kawasan penempatan baru.
4. Penempatan semula digelar “kampung baru”.
5. Bertujuan menyekat bekalan makanan, wang,maklumat dan ubat-ubatan kepada pihak komunis.
6. Melumpuhkan gerakan Min Yuen.
7. Setinggan Cina dipindahkan ke kampung baru (lengkap kemudahan asas) dikawal Special Constable (SC).
8. Melaksanakan program “Gerakan Kelaparan”. 
Faktor : bagi memastikan komunis tidak mendapat sebarang makanan, senjata, maklumat dan ubat-ubatan.

 Perang Saraf
1. Menghapuskan pengganas komunis melalui kempen“memenangi hati dan fikiran”.
2. Memujuk rakyat berbilang kaum supaya bersatu
3. Sir Henry Gurney mati dibunuh dalam satu seranganhendap ketika perjalanan ke Bukit Fraser.
4. Sir Gerald Templer dilantik menjadi Pesuruhjaya Tinggi British dan Pengarah Gerakan bagi menggantikan Sir Henry Gurney.
5. Sedari kekerasan dan senjata tidak akan berjaya menghapuskan pengaruh komunis.
6. Kempen “Bulan Penduduk Tanah Melayu Menentang Komunis

 Pengampunan beramai-ramai
1. Kerajaan menawarkan pengampunan bagimenggalakkan pengganas komunis menyerah diri.
2. Risalah dan pas pengampunan diedarkan dalambahasa Cina, Melayu dan Tamil.

 Pertemuan Baling
1. Parti Perikatan kemukakan manifesto menjanjikankemerdekaan segera serta menamatkan darurat.
2. Tunku Abdul Rahman membuat rundingan dengan komunis
3. Chin Peng menulis sepucuk surat kepada Tunku Abdul Rahman untuk mengadakan rundingan.
4. Pada 28 dan 29 Disember 1955, pertemuan di Baling, Kedah.

►Kesan Darurat

 Politik
 Kuatkuasakan Undang-undang Darurat
 Bendung gerakan kebangsaan berhaluan kiri.
 Longgarkan syarat kerakyatan kepada orang bukanMelayu supaya tidak memihak komunis.
 Percepat langkah taraf berkerajaan sendiri
 Sebelum Pertemuan Baling, British janji menyegerakan pemberian kemerdekaan
 Mengikis pandangan negatif yang menganggap semua orang Cina adalah pengganas komunis.

 Ekonomi
 Kemusnahan sistem perhubungan, jenteramelombong, kemudahan awam dan gangguan
 terhadap buruh ladang menjejaskan pengeluaran sumber ekonomi negara.
 Wang banyak digunakan untuk memperbesar pasukan keselamatan, polis dan Home Guard.
 Kerajaan kurang memberi tumpuan untuk membangunkan kawasan luar bandar.

 Sosial
 Ramai anggota pasukan keselamatan, pengganas komunis dan orang awam terkorban.
 Membawa kesengsaraan
╚ Penduduk menghadapi kesukaran untuk bergerak dan memperoleh bekalan makanan.

Advertisment