Made Everyday

Sejarah

Sejarah M'sia dimulai sejak zaman Homo Malingicus datang ke Malaka.

Skor A+

Cara - cara untuk mendapat keputusan cemerlang?

Peperangan

Apakah faktor tercetusnya Peperangan Dunia Ke-2?
 

Welcome to History Online

Adakah anda merasai subjek Sejarah ini membebankan dan susah untuk diingati?
History Online mempamirkan nota-nota sejarah yang Paling Ringkas dan Padat.
Laman blog ini Khas untuk Mata pelajaran Sejarah PMR khusus untuk pelajar-pelajar Tingkatan 1, 2 DAN 3 yang AKAN mengambil Mata Pelajaran Sejarah PMR.
Semoga Anda mendapat manafaat daripada blog ini. Selamat belajar.
"SEJARAH MENGAJAR KITA ERTI SEBUAH KEHIDUPAN"

Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (1909)


http://kebunketereh.com/wp-content/uploads/2010/06/Tanah-Melayu.png
Warna Biru : Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu
Warna Kuning : Negeri-Negeri Melayu Bersekutu
Pada tahun 1906, permintaan bagi getah telah naik secara mendadak apabila kereta mula dicipta kerana ia diperlukan dalam pembuatan tayar di kilang-kilang di seluruh dunia terutamanya di Amerika Syarikat. Harga pasaran getah meningkat dengan mantap dan peladangan getah menjadi industri utama di Malaya.
Pihak British seterusnya mahu menjadikan keseluruhan Malaya sebagai jajahannya dan menetapkan sempadan yang jelas di antara Siam dan Tanah Melayu. Satu perjanjian telah ditandatangani dengan Siam pada tahun 1909 di manaKelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis telah dijadikan negeri naungan British. Negeri-negeri ini dinamakanNegeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu dan Penasihat-penasihat British telah dihantar untuk membantu Sultan mentadbir negeri-negeri tersebut dengan teratur. Pada Tahun 1914, Johor telah menandatangani satu perjanjian dengan pihak British bagi menerima khidmat Penasihat British dan menjadi sebuah Negeri Melayu Tidak Bersekutu.
Justeru, selepas tahun 1914, Tanah Melayu terbahagi kepada 3 unit politik iaitu :
(a) Tanah Jajahan Mahkota Negeri-negeri Selat yang terdiri daripada Singapura (termasuk Pulau Krismas dan Pulau Kokos), Pulau Pinang dan Seberang Prai, Melaka dan Labuan.
(b) Negeri-Negeri Melayu Bersekutu yang terdiri daripada Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang.
(c) Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu yang terdiri daripada Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis dan Johor.

Advertisment