Made Everyday

Sejarah

Sejarah M'sia dimulai sejak zaman Homo Malingicus datang ke Malaka.

Skor A+

Cara - cara untuk mendapat keputusan cemerlang?

Peperangan

Apakah faktor tercetusnya Peperangan Dunia Ke-2?
 

Welcome to History Online

Adakah anda merasai subjek Sejarah ini membebankan dan susah untuk diingati?
History Online mempamirkan nota-nota sejarah yang Paling Ringkas dan Padat.
Laman blog ini Khas untuk Mata pelajaran Sejarah PMR khusus untuk pelajar-pelajar Tingkatan 1, 2 DAN 3 yang AKAN mengambil Mata Pelajaran Sejarah PMR.
Semoga Anda mendapat manafaat daripada blog ini. Selamat belajar.
"SEJARAH MENGAJAR KITA ERTI SEBUAH KEHIDUPAN"

Bab 3 - Kerajaan Awal di Negara Kita

BAB 3 :  KER AWAL DI ASIA  TENGGARA

(1)   Kerajaan agraria
1.    Berasaskan pertanian.
2.    Terletak di  tanah subur,  lembangan sungai dan kawasan  pedalaman.
3.    Berburu
4.    Kutip hasil hutan
5.    Tangkap ikan.
6.    Menanam  ubi taro, padi huma dan  padi sawah
7.    Ternak binatang
8.    Bina empangan
9.    Bina  terusan dan saliran
10.  Pemerintah – bina dan uruskan sistem pengairan

b)    Kerajaan Angkor
1.     Pusat kerajaan  di hilir Sungai Mekong.
2.     Pertanian  di sekitar tasik Tonle Sap.
3.     Bina baray (kolam air besar) utk kegiatan pertanian.
4.     Raja dianggap Devaraja
i. wakil dewa untuk memimpin manusia
ii. berkuasa mutlak.

5.     Raja dibantu oleh kerabatnya
6.     Kegemilangan  semasa  Suryavarman II.
7.     Agama  utama -  Hindu-Buddha.
8.     Bukti kewujudan Hindu-Buddha ialah Angkor Wat.

c)     Kerajaan Funan
  1. Krajaan terawal di Asia Tenggara.
  2. Pusat kerajaan  terletak di Vyadhapura
  3. Empangan, saliran, takungan air mengairi pertanian
  4. Bekalan air dr Sg Mekong dan persisiran pantai.
  5. Raja pertama – Kaundinya (bergelar Kurung Bnam)
  6. Jeneral agung ialah Fan Shih-Man.
  7. Pelabuhan utama -  Oc-Eo
  8. Jalan perhubungan utama –  Sungai Mekong.
    (2)   Kerajaan Maritim
    1.     Terletak di persisiran pantai.
    2.     Pusat pentadbiran  di kawasan muara sungai.
    3.     Kegiatan berkaitan laut – perdagangan, perikanan.
    4.     Laut menjadi laluan perdagangan utama.
    5.     Pelabuhan di kuala sungai sebg pusat perdagangan.
    6.     Pelabuhan lengkap dgn bekalan air, tempat tinggal,
    7.     Menjadi orang tengah
    8.     Barangan  dikumpulkan -. hasil hutan,  rempah ratus,
    9.     Bina kapal,
    10.   Kuasai ilmu pelayaran. Belayar ke Afrika Timur.

    b)    Kerajaan Champa

    1.     Diasaskan oleh Chu-Lien.
    2.     Raja Champa dipengaruhi agama Hindu.
    3.     Terdapat pegawai pemungut cukai.
    4.     Pelabuhan utama ialah Inderapura.
    5.     Ditadbir oleh 14 dinasti.
    6.     Kurun ke-13, dipengaruhi oleh China. Pengaruh China lenyap pada kurun ke-15.
    7.     Tahun 400M, kerajaan diterajui oleh Bhadravarnom.
    8.     Nama Champa  wujud pada tahun 655 Masihi.

    c)     Kerajaan Chih Tu
    1.     Menurut I-Ching, Chih-Tu bermaksud Tanah Merah.
    2.     Diasaskan oleh Raja Gautama
    3.     Diketuai oleh seorang raja berkuasa mutlak.
    4.     Raja dibantu  3 orang menteri
    5.     Sistem pemerintahan ikut corak Srivijaya
    6.     Menerima pengaruh Hindu.

    d)    Kerajaan Srivijaya
    1.     Pusat pemerintahan di Palembang,
    2.     Raja berkuasa mutlak.
    3.     Menurut catatan Arab, raja dianggap Raja di Gunung dan Maharaja di Pulau.
    4.     Menteri – perantaraan antara raja dan rakyat.
    5.     Catatan batu bersurat di Telaga Batu
     i.  pentadbiran diraja,
     ii. pentadbiran  ketenteraan
     iii. pentadbiran daerah.
    6.     Kuasai Selat Melaka, Selat Sunda & Laut Jawa
    7.     Pelabuhan penting – Palembang.
    8.     Pelabuhan pusat pertukaran barangan
    9.     Damar, cendana, .kapur barus, kemenyan, lada hitam.

    e)     Kerajaan Kedah Tua
    1.    Kerajaan awal di Sem. Tanah Melayu
    2.    Dikenali sebagai Kataha.
    3.    Menurut I-Ching, Kedah Tua disebut  Cheh-Cha.
    4.    Pelabuhan peringkat awal di Sg Mas  –  berpindah ke Lembah Bujang.
    5.    Dipengaruhi Buddha – kemudiannya agama Hindu.
    6.    Bukti pengaruh Hindu-Buddha – peninggalan candi di Lembah Bujang (candi di Bukit Batu Pahat).
    7.    Gunung Jerai – panduan kepada pedagang yang ingin ke pelabuhan Sungai Mas dan Lembah Bujang.
    8.    Pelabuhan di Kedah Tua – pusat tukar barang dan persinggahan pedagang  sebelum belayar ke timur.
    9.    Menjadi pusat barangan dagang tempatan spt  beras,
    10.  Menjadi pengeluar padi
    11.  Bukti kegemilangan sebagai pelabuhan entreport :
    i. penemuan wang perak pmhan Sultan al-Mutawakil
    ii.  manik dari India
    iii. barangan kaca dari Timur Tengah.

    f)     Kerajaan Majapahit
    1.    Diasaskan oleh Raden Wijaya
    2.    Menerima pengaruh Hindu-Buddha.
    2.    Pentadbiran berasaskan Undang  Manu.
    3.    Raja dibantu   Perdana Menteri dan 4 orang menteri.
    4.    Amalkan konsep Devaraja.
    5.    Kegemilangan ketika pemerintahan Hayam Wuruk
    6.    Dibantu  Perdana Menterinya (Patih Gajah Mada).
    7.    Dikunjungi pedagang luar
    8.    Pelabuhan utama-Kataha (Kedah Tua) &  Temasik.

    (3) Rumusan
    1. Pentadbiran teratur bolehkan kemudahan di pelabuhan.
    2.   Kecekapan pemimpin mentadbir kerajan
    3.   Pemerintahan tersusun wujudkan suasana aman
    4.   Sokongan  rakyat membantu kemajuan
    5.  Berbangga dgn kebolehan mengendalikan pelabuhan dan perdagangan bertaraf dunia

    6.  Keamanan, bermasyarakat, kesetiaan, bersatu padu, dan harmoni – penting dlm pemerintahan

    Advertisment