Made Everyday

Sejarah

Sejarah M'sia dimulai sejak zaman Homo Malingicus datang ke Malaka.

Skor A+

Cara - cara untuk mendapat keputusan cemerlang?

Peperangan

Apakah faktor tercetusnya Peperangan Dunia Ke-2?
 

Welcome to History Online

Adakah anda merasai subjek Sejarah ini membebankan dan susah untuk diingati?
History Online mempamirkan nota-nota sejarah yang Paling Ringkas dan Padat.
Laman blog ini Khas untuk Mata pelajaran Sejarah PMR khusus untuk pelajar-pelajar Tingkatan 1, 2 DAN 3 yang AKAN mengambil Mata Pelajaran Sejarah PMR.
Semoga Anda mendapat manafaat daripada blog ini. Selamat belajar.
"SEJARAH MENGAJAR KITA ERTI SEBUAH KEHIDUPAN"

Bab 2 - Kekayaan Hasil Bumi Mendorong Campur Tangan British


(1) Sebab British di Negeri-negeri Melayu

a) Dasar Campur Tangan British
1. Sebelum tahun 1874, British tidak mengamalkan dasar campur tangan di negeri-negeri Melayu.
2. Akan tetapi, mereka ambil Negeri-negeri Selat
3. Tahun 1873, Parti Konservatif ambil alih pucuk pimpinan kerajaan Britain daripada Parti Liberal.
4. Kerajaan baru amalkan dasar campur tangan

b) Kekayaan hasil bumi negeri-negeri Melayu
1. Negeri Melayu kaya dengan hasil bumi
2. British berpendapat perlu segera menguasai negeri Perak, Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan.
3. Pedagang NNS melabur modal dalam perlombongan bijih timah di Larut, Sungai Ujong, Lukut & Klang.

c) Revolusi Perindustrian mendesak campur tangan
1. Revolusi wujudkan kilang-kilang perusahaan.
2. Perlukan bijih timah utk perusahaan mengetin
3. Negeri Melayu mesti dikuasai untuk dapat bekalan bijih timah yang berterusan dan menjadi tempat memasarkan hasil keluaran mereka.

d) Terusan Suez dan kapal wap
1. Pembukaan Terusan Suez pendekkan jarak perjalanan dari England ke Tanah Melayu.
2. Kapal wap cepatkan perjalanan dan bawa muatan yang lebih banyak.


e) Kebimbangan campur tangan kuasa Eropah lain
1. British bimbang dengan kemaraan kuasa Eropah lain di Asia Tenggara.
2. Belanda di Hindia Timur (Indonesia), Perancis di IndoChina dan Sepanyol di Filipina.


f) Desakan pedagang
1. Pertelingkahan pembesar Melayu dan pergaduhan kongsi gelap Cina akibatkan huru-hara
2. Keadaan ini merugikan pedagang Negeri-Negeri Selat khasnya berkaitan perdagangan bijih timah.
3. Mendesak British melindungi pelaburan mereka.
4. Pedagang Negeri-Negeri Selat menulis surat kepada Setiausaha Tanah Jajahan British, Lord Kimberley mendesak British untuk campur tangan.

(2) Keadaan politik di Perak
a) Pertelingkahan kongsi gelap Cina
1. Daerah Larut kaya dengan bijih timah
2. Long Jaafar bawa masuk ramai orang Cina untuk memajukan perlombongan bijih timah di Larut.
3. Kemasukan buruh Cina mencetuskan pergaduhan kumpulan kongsi gelap Ghee Hin dengan Hai San.
4. Pergaduhan membawa kepada Perang Larut.
5. Bagi menamatkan perang, Ngah Ibrahim (Menteri Larut) melantik Kapten Speedy iaitu Timbalan Pesuruhjaya Polis Negeri-Negeri Selat untuk manamatkan kekacauan
6. Kekacauan dihentikan selepas Perjanjian Pangkor
7. Dalam Perjanjian Pangkor 1874, pemimpin kongsi gelap Cina hadir untuk menyelesaikan masalah di Larut. Antaranya Kapitan Chung Ah Kwee iaitu ketua kumpulan Hai San.
9. Masyarakat Cina bersetuju hentikan pergaduhan dan menerima British menjadi orang tengah dalam urusan perlombongan bijih timah.

b) Perebutan takhta di kalangan kerabat diraja.
1. Sistem pewarisan takhta di Perak.

Sultan
Raja Muda
Raja Bendahara
Raja Dihilir

2. Selepas kemangkatan Sultan Ali tahun 1871, Raja Ismail Raja Bendahara jadi sultan.
3. Perlantikan ditentang oleh Raja Abdullah dan Raja Yusuf.
4. Raja Abdullah ialah Raja Muda yang sepatutnya ditabalkan menjadi sultan.
5. Raja Abdullah tidak dilantik sebagai sultan kerana beliau tidak hadir ketika upacara pemakaman Sultan Ali di Sayong walaupun dijemput untuk menghadirinya.
6. Raja Yusuf diketepikan kerana beliau tidak disukai oleh pembesar Perak.

c) Syarat Perjanjian Pangkor
1. Raja Abdullah diiktiraf Sultan Perak.
2. Raja Ismail diakui Raja Muda.
3. Residen British menasihati semua perkara kecuali agama Islam dan adat istiadat Melayu.
4. Residen berkuasa penuh ke atas pungutan cukai
5. Residen, Penolong Residen, Sultan dan Pembesar dibayar gaji daripada pungutan hasil mahsul Perak.

(3) Campurtangan British di Selangor

1. Tahun 1857, Sultan Abdul Samad yang berkuasa di daerah Langat ditabalkan jadi Sultan Selangor.
2. Berlaku Perang Klang yang menyebabkan campur tangan British di Selangor.
3. Daerah Klang pada mulanya di bawah kekuasaan Raja Sulaiman.
4. Apabila Raja Sulaiman mangkat, Klang diserahkan kepada Raja Abdullah.
5. Penyerahan menimbulkan rasa tidak puas hati kepada Raja Mahadi iaitu putera Raja Sulaiman
6. Lombong bijih timah dibuka di Kuala Lumpur dan Ampang.

(4) Campurtangan British di Sungai Ujong
1. Dato’ Kelana Syed Abdul Rahman dilantik menjadi pemerintah di daerah Sg. Ujong.
2. Dato’ Bandar Kulop Tunggal juga berpengaruh di daerah Sg. Ujong.
6. Dato’ Kelana tandatangani perjanjian menerima perlindungan British
7. Syarat perjanjian :
a. Dato’ Kelana diiktiraf oleh British sebagai pemerintah di Sungai Ujong
b. British mempunyai kuasa penuh bagi mengutip cukai di Sungai Linggi.
c. British menempatkan P.J. Murray sebagai Residen British
8. Dato’ Bandar tidak mengiktiraf perjanjian
9. British memberi bantuan tentera keapda Dato’ Kelana untuk menewaskan Dato’ Bandar.

(5) Campurtangan British di Pahang
1. Frank Swettenham dan Frederick Weld pujuk Sultan Ahmad menerima Residen British tetapi gagal.
2. Usaha berjaya.
3. Hugh Clifford dilantik menjadi Wakil British.
4. British tidak berpuas hati kerana wakil British mempunyai kuasa yang terhad.

(6) Perlaksanaan Sistem Residen
1. Sistem Residen merupakan campur tangan British dalam pentadbiran di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang.
2. Seorang Residen dilantik bagi setiap negeri tersebut.
3. Negeri-negeri tersebut sebg negeri naungan British.
4. Residen menasihati sultan dalam semua hal pentadbiran kecuali agama Islam dan adat istiadat
5. Menggugat kuasa sultan dan pembesar tempatan.

(7) Sistem Residen gugat kuasa Sultan dan Pembesar
1. Sultan dan pembesar kehilangan kuasa.
2. Residen menasihati sultan dalam semua hal pentadbiran kecuali hal agama Islam dan adat istiadat Melayu.
3. Nasihat residen mesti dipatuhi.
4. Residen menghapuskan hamba
5. Bagi sultan dan pembesar, amalan hamba – adat Melayu tradisional turun-temurun.
6. Residen ambil alih kuasa hak pungutan cukai.
7. Pungutan cukai diambil alih oleh Pegawai Majistret dan Pemungut Hasil.

(8) Pembentukan Negeri Melayu Bersekutu (NNMB)
a) Kelemahan Pentadbiran Sistem Residen
1. Setiap Residen tidak diberi panduan yang jelas
2. Residen menjadi terlalu berkuasa.
3. Gabenor Negeri-Negeri Selat di Singapura gagal mengawal kuasa Residen.
4. Pentadbiran di setiap negeri tidak seragam kerana mempunyai undang tersendiri.

b) Faktor Penubuhan NNMB
1. Kelemahan pentadbiran Sistem Residen.
2. Masalah krisis kewangan Pahang.
3. Perbelanjaan negeri meningkat kerana Pahang menanggung banyak hutang.
4. Jika Pahang digabungkan dengan negeri yang kaya seperti Perak dan Selangor, masalah diringankan.
5. Wujudkan perkongsian perkhidmatan pakar – menjimatkan bayaran perkhidmatan pakar seperti jurutera, juruukur dan doktor.
6. Sistem perhubungan jalan raya dan landasan kereta api antara negeri Melayu dapat dimajukan
7. Kukuhkan lagi kekuatan dan pertahanan ketenteraan.

c) Perjanjian Persekutuan 12 Jun 1895
1. Ditandatangani pada tahun 1885
2. Dikuatkuasakan pada tahun 1896.
3. Negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang disatukan menjadi NNMB
4. Pusat pentadbiran di Kuala Lumpur
5. Diketuai oleh Residen Jeneral
6. Jawatan Residen masih kekal di negeri masing-masing.
7. Frank Swettenham Residen Jeneral Pertama NNMB
8. Syarat perjanjian Persekutuan:
a. Raja-raja bersetuju menggabungkan negeri mereka menjadi sebuah persekutuan.
b. Menerima pegawai British sebagai Residen Jeneral.
c. Raja-raja bersetuju mengikut nasihat Residen Jeneral dalam semua perkara kecuali agama I Islam dan adat-istiadat Melayu.
d. Raja-raja setuju membantu negeri-negeri yang memerlukan bantuan
e. Residen Jeneral bertanggungjawab kepada Gabenor Negeri-Negeri Selat di Singapura.

(9) Pembentukan NNMB cabar kewibawaan sultan
1 Kuasa pentadbiran oleh Residen Jeneral.
2. Residen Jeneral amat berkuasa dalam urusan kewangan dan cukai eksport.
3. Kerajaan pusat menubuhkan jabatan-jabatan yang diketuai oleh Pegawai British, seperti Jabatan Kehakiman, Kewangan, Perhubungan dan Perkhidmatan Awam.
4. Penglibatan orang Melayu dalam jabatan-jabatan dihadkan
5. Sultan dikehendaki mengikut nasihat Residen Jeneral dalam semua hal kecuali agama Islam dan adat-istiadat Melayu.
6. Kuasa sultan dan Majlis Mesyuarat Negeri diambil alih oleh Residen Jeneral.

(10) Persidangan Raja-Raja Melayu (Durbar)
1. Raja-raja Melayu tidak puas hati terhadap kuasa Residen Jeneral dan kerajaan pusat.
2. British menubuhkan Durbar atau Persidangan Raja-Raja Melayu tahun 1897.
3. Perbincangan tertumpu pad hal ehwal adat, agama Islam dan kebajikan orang Melayu.
4. Durbar asas kepada Kewujudan Majlis Persidangan Raja-Raja Melayu
5. Ahli-ahli Durbar – Pesuruhjaya Tinggi, Raja-raja Melayu, Residen Jeneral dan 4 orang Residen.
6. Durbar pertama di Kuala Kangsar, Perak
7. Durbar kedua diadakan di Kuala Lumpur
8. Isu persidangan Durbar;
a. Sultan Perak (Sultan Idris) kritik pemusatan kuasa di tangan Residen Jeneral
b. Desak kuasa raja Melayu dikembalikan.
c. Desak bilangan pegawai Melayu ditambah & dilantik ke jawatan yang lebih tinggi.
d. Minta British iktiraf bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi.

(11) Majlis Mesyuarat Persekutuan 1909
1. British gantikan Durbar dengan Majlis Mesyuarat Persekutuan pada tahun 1909.
2. Jawatan Residen Jeneral digantikan dengan jawatan Ketua Setiausaha.
3. Kerajaan British bersetuju menyerahkan semula kuasa mentadbir kepada Majlis Mesyuarat Negeri.

Kesimpulan
1. Kekayaan negara mendorong British menguasai Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang
2. Perebutan takhta menimbulkan keadaan tidak tenteram dan memberi peluang kepada British untuk campurtangan
3. Kekayaan ekonomi tidak dapat dibangunakan sekiranya negara dalam keadaan tidak aman.

Advertisment