Made Everyday

Sejarah

Sejarah M'sia dimulai sejak zaman Homo Malingicus datang ke Malaka.

Skor A+

Cara - cara untuk mendapat keputusan cemerlang?

Peperangan

Apakah faktor tercetusnya Peperangan Dunia Ke-2?
 

Welcome to History Online

Adakah anda merasai subjek Sejarah ini membebankan dan susah untuk diingati?
History Online mempamirkan nota-nota sejarah yang Paling Ringkas dan Padat.
Laman blog ini Khas untuk Mata pelajaran Sejarah PMR khusus untuk pelajar-pelajar Tingkatan 1, 2 DAN 3 yang AKAN mengambil Mata Pelajaran Sejarah PMR.
Semoga Anda mendapat manafaat daripada blog ini. Selamat belajar.
"SEJARAH MENGAJAR KITA ERTI SEBUAH KEHIDUPAN"
Showing posts with label Tingkatan 3. Show all posts
Showing posts with label Tingkatan 3. Show all posts

Parti Islam Semalaysia (PAS)


Kemunculan PAS dalam sejarah politik tanah air telah bermula semenjak 23 Ogos 1951 apabila para ulamak yang bersidang di Kuala Lumpur bersetuju menubuhkan sebuah persatuan yang dinamakan Persatuan Ulamak Se-Malaya. Nama persatuan ini kemudiannya diubah menjadi Persatuan Islam Se-Malaya (PAS) pada 24 November 1951, dalam satu persidangan ulamak Malaya di Bagan Tuan Kecil (Butterworth), Seberang Prai. Itulah sekelumit permulaan sejarah PAS yang diasaskan oleh para ulamak yang kemudiannya berkembang menjadi sebuah pertubuhan politico-dakwah yang penting di negara ini. Penglibatan dan sumbangan PAS dalam politik negara bermula sebaik sahaja ia ditubuhkan walaupun ramai pengkaji mengatakan PAS hanya menyertai politik menjelang pilihan raya 1955.
Kemunculan PAS ini dikatakan hasil daripada silang pengaruh yang berlaku antara beberapa gerakan Islam yang lebih awal seperti Ikhwanul Muslimun di Mesir, Masyumi di Indonesia dan Jamaat Islami di Pakistan. Ketiga-tiga pengaruh ini telah menyerap masuk ke Tanah Melayu melalui para ulamak yang belajar di Mesir, Mekah, India dan Indonesia. Ksedaran yang awal ialah para ulamak atau umat Islam memerlukan sebuah pertubuhan atau badan yang boleh mewakili mereka dalam semua aspek kehidupan terutama dalam keadaan Tanah Melayu sedang dijajah oleh British ketika itu. Longgokan ksedaran ini kemudiannya menghasilkan Majlis Tertinggi Agama Malaya (MATA) pada 1947 diikuti oleh Hizbul Muslimin pada 1948 kesan daripada usaha gigih Dr Burhanuddin al-Helmy dan Ustaz Abu Bakar al-Baqir. Walau bagaimanapun, gerakan Islam yang berpusat di Gunung Semanggol ini terkubur ekoran penguatkuasaan Ordinan Darurat pada Jun 1948.
Para ulamak mengambil beberapa sikap selepas tragedi darurat ini. Ada yang ’tawakuf’ daripada politik kepartian tetapi menggerakkan kesedaran rakyat melalui institusi pendidikan atau media massa. Dalam fraksi yang lain, para ulamak telah mengambil sikap untuk menyertai parti nasionalis UMNO bagi membolehkan isu-isu umat Islam diperkatakan. Beberapa tokoh Hizbul Muslimin seperti Tuan Haji Ahmad Fuad Hassan, seorang lepasan Maahad Ihya Assyariff, Gunung Semanggol telah menyertai UMNO pada 1950 dan dilantik mengetuai Bahagian Agama dan Pelajaran UMNO. Bahagian ini kemudiannya mengaturkan beberapa persidangan untuk membolehkan ulamak menubuhkankan persatuan. Dalam tulisannya, ”Ulamak Malaya Belum Bersatu dan Belum Punya Persatuan”, Haji Ahmad Fuad menyifatkan kedudukan ulamak ketika itu umpama sampah yang tidak dihargai kerana tiada kekuatan. Lebih-lebih lagi ketika itu ulamak telah muak dengan sikap UMNO yang mengabaikan isu pemurtadan Natrah, pengajuran judi loteri, fun fair, kaberat dan lain-lain. Dalam satu persidangan ulamak yang dipimpin oleh Sheikh Abdullah Fahim, Mufti Pulau Pinang di Seberang Perai pada 1951, mereka telah mengeluarkan fatwa mengharamkan judi loteri anjuran UMNO.
Sheikh Abdullah Fahim,Antara pengasas Persatuan Ulamak
Dalam konflik pelbagai yang dihadapi oleh para ulamak dan situasi politik semasa yang masih tidak menuju kepada jalan Allah itu, maka para ulamak membuat pendirian untuk menubuhkan PAS. Haji Ahmad Badawi, seorang ulamak di Seberang Perai telah mengeluarkan satu manifesto yang dinamakan ’Manifesto al-Badawi’ dengan tema ”Ulamak ke Jalan Allah” bagi menyambut persidangan untuk menubuhkan PAS pada 24 November 1951. Mereka memutuskan supaya PAS menjadi sebuah pertubuhan politik Islam yang memperjuangkan kemerdekaan melalui landasan demokrasi ke arah membentuk sebuah negara yang diredhai Alah. Para ulamak menolak bentukbentuk perjuangan yang diasaskan berdasarkan ideologi ciptaan manusia yang dibawa masuk oleh penjajah.
Semenjak itulah, PAS muncul sebagai sebuah pertubuhan politik Islam yang memperjuangkan kemerdekaan negara, kemudian menyertai pilihan raya demi pilihan raya. PAS juga menggunakan pelbagai saluran untuk menyampaikan mesej dakwahnya termasuk membentuk beberapa kerjasama politik dengan orang bukan Islam semenjak 1953. Di bawah kepemimpin Tuan Guru Haji Ahmad Fuad Hassan dan Dr Haji Abbas Alias, PAS bercakap soal kemerdekaan yang boleh ditegakkan hukum Islam. PAS menolak kerakyatan jus soli yang merugikan peribumi dan PAS mendesak supaya Islam dijadikan dasar negara yang merdeka.
Dr. Burhanuddin Al Helmy,Pelopor Perubatan Homeopathy dan Bekas Pimpinan PAS
Apabila Dr Burhanuddin al-Helmy mengambil alih kepemimpinan PAS pada akhir 1956, PAS mula memperincikan sikapnya terhadap kemerdekaan yang hendak dicapai yang dianggap ’masih kosong’ dari matlamat sebenar kerana mengabaikan kebangsaan Melayu dan ketuanan Islam1. Hal ini tergambar daripada hasrat Dr Burhanuddin,
Dalam perjuangan kita (PAS) bagi mencapai kemerdekaan, kita telah dan terusmenerus memperjuangkan Melayu itu sebagai kebangsaan bagi negara Tanah Melayu ini dengan bertapak di atas asas ideologi Islam yang maha suci
Penyertaan PAS dalam pilihan raya 1959 telah memberikan kejayaan besar apabila Terengganu dan Kelantan berjaya dikuasai. PAS membentuk kerajaan yang dipimpin oleh Mohd Daud Abdul Samad di Terengganu dan Ustaz Ishak Lotfi Omar di Kelantan sebagai Menteri Besar. PAS memulakan langkah sebagai kerajaan di dua negeri Pantai Timur untuk menterjemahkan ideologi perjuangannya yang berasaskan al-Quran dan Sunnah. Namun begitu, kerajaan PAS di Terengganu telah dijatuhkan pada Oktober 1961 hasil permainan politik kotor Perikatan. Di Kelantan, PAS berjaya bertahan sehingga BN mendaruratkan Kelantan pada akhir 1977. Dalam konteks ini, PAS-lah satu-satunya pembangkang yang diberikan kepercayaan oleh rakyat untuk memerintah kerajaan negeri di negara ini.
Selepas kejatuhan Terengganu pada hujung 1961, PAS mulai menerima tekanan-tekanan politik seperti penyalahgunaan ISA, penahanan Dr Burhanuddin al-Helmy diikuti oleh sekatan politik, keganasan Pemuda Tahan Lasak Umno dan beberapa siri pembunuhan politik. Perjuangan PAS untuk memartabatkan kebangsaan Melayu Raya berasaskan Islam telah dijadikan kambing hitam dalam Konfrantasi Indonesia pada 1963. PAS menolak pembentukan Malaysia kerana mahukan sebuah negara Melayu yang lebih besar meliputi seluruh alam Melayu dibentuk. Dalam masa yang sama Umno mencanangkan isu-isu perkauman yang akhirnya membawa kepada beberapa siri perbalahan kaum di Pulau Pinang, Perak dan Singapura antara 1964 hingga 1969, dan kemuncaknnya tercetus Tragedi 13 Mei 1969 yang mengubah landskap politik negara. Selepas tragedi ini, Datuk Mohd Asri Muda yang memangku jawatan Yang Dipertua Agung PAS semenjak 1965 telah dilantik sebagai Yang Dipertua Agung PAS pada 1971.
Datuk Asri Muda,Pemimpin PAS yang bertanggungjawab membawa PAS ke dalam BN
PAS memasuki era baru dalam politik negara apabila PAS mula meneroka kerjasama dengan Umno bagi menjamin kestabilan politik negara, mengekalkan ketuanan Melayu dan menyerapkan Islam dalam pemerintahan. PAS menyertai beberapa parti lain telah membentuk Kerajaan Campuran PAS-Perikatan pada 1973, kemudian sama-sama mengasaskan Barisan Nasional (BN) pada 1974. BN mencapai kejayaan besar dalam pilihan raya 1974 dan PAS sendiri telah berjaya menembusi ruang-ruang yang baru sehingga membolehkan Islam di sampaikan ke corong telinga rakyat dengan lebih berkesan. Walau bagaimanapun, keterbukaan PAS dalam membentuk kestabilan politik negara telah disalahgunakan oleh musuh-musuh politiknya dengan melaga-lagakan pimpinan PAS sehingga terjadi krisis politik Kelantan pada 1977. Akibatnya, PAS telah menolak Akta Darurat (Kelantan) 1977 yang menyebabkan PAS bukan sahaja disingkirkan dari BN, tetapi turut kehilangan Kelantan.
Setelah melalui tempoh yang mencabar antara 1978 hingga 1982 di mana PAS terpaksa berhadapan dengan perpecahan, kehilangan kuasa pemerintahan, tekanan ISA dan krisis kepemimpinan, akhirnya PAS telah mengasaskan kepemimpinan ulamak pada Oktober 1982. Tuan Haji Yusof Rawa telah diangkat untuk memimpin PAS bagi menggantikan Datuk Mohd Asri yang meletakkan jawatan. Permulaan era kepemimpinan ulamak memperlihatkan PAS kembali kepada asas perjuangannya untuk mendaulatkan Islam dan memberikan penekanan terhadap kwajipan tersebut. Gerakan dakwah PAS berkembang dengan lebih tersusun melalui pendekatan haraki dan dalam masa yang sama PAS terus membina jambatan dakwah dengan non-Muslim sehingga terbentuk Majlis Perundingan Cina (CCC). Di sudut yang lain, pendekatan PAS telah disambut oleh kerajaan dengan melaksanakan juzuk tertentu daripada Islam seperti Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam, Dasar Bersih, Cekap dan Amanah serta penubuhan Bank Islam, Universiti Islam Antarabangsa dan lain-lain.
Us. Fadzil Noor memimpin perubahan besar dalam PAS Beliau membawa PAS ketengah-tengah masyarakat.
Paling mencabar pada era kepemimpinan ulamak ialah beberapa siri penyalahgunaan ISA yang berlaku pada 1984, 1987 dan 1989, ketimbang dengan desakan PAS untuk diadakan Debat Terbuka PAS-UMNO pada 1984. Dalam kemelut ini, tercetus pula tragedi Memali pada November 1985 yang mengorbankan 14 orang ahli PAS. Tetapi, pada 1987, UMNO pula menghadapi krisis kepemimpinan sehingga parti tersebut diharamkan. Yang Dipertua Agung PAS, Ustaz Fadzil Mohd Noor memanfaatkan kesempatan ini dengan mewujudkan kerjasama politik dengan serpihan Umno, Semangat 46 yang membolehkan PAS berkuasa semula di Kelantan. Ketua Dewan Ulamak PAS (kemudian Mursyidul Am PAS), Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat diberikan kepercayaan untuk memimpin kerajaan Kelantan semenjak 1990. Dengan dasar ’Membangun Bersama Islam’, PAS berjaya melaksanakan tanggungjawabnya untuk menegakkan hukum Allah yang berada dalam bidang kuasana.
Ku Li keluar daripada UMNO lalu menubuhkan Semangat 46 dan bekerjasama dengan PAS dalam pilihan raya
Pada 1996, PAS mula berkrisis dengan Parti Melayu Semangat 46 (PMS46) yang menyebabkan Angkatan Perpaduan Ummah (APU) yang dibentuk pada 1989 berpecah. Dua tahun kemudian, Umno sekali lagi menghadapi perpecahan ekoran pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyebabkan wujudnya gerakan Reformasi. PAS telah memimpin Majlis Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia (GERAK) bagi menuntut keadilan kepada rakyat, kemudian menubuhkan Barisan Alternatif (BA) pada 1999. Melalui BA, PAS berjaya merampas semula Terengganu. Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang diamanahkan untuk mengetuai kerajaan Terengganu sehingga 2004. Selepas pencapaian lemah PAS pada 2004 kerana momentum Perdana Menteri baru, PAS bangkit semula pada 2008 dengan mengetuai tiga kerajaan negeri dan turut serta dalam kerajaan di Selangor. Kini, PAS dilihat sebagai pencabar utama Umno dalam menguasai politik orang Melayu Islam.
Tuan Guru Hj. Nik Aziz,Ulama’ dan Pemimpin yang disegani.
Tuan Guru Hj Abdul Hadi
Para pengkaji yang menganalisis perkembangan PAS ini mengatakan PAS telah mengalami empat jenis kepemimpinan iaitu:
kepemimpinan ulamak tradisi (1951-1956), kepemimpinan nasionalis kiri (1956-1969), kepemimpinan nasionalis kanan (1969-1982) dan kepemimpinan ulamak haraki (1982-sekarang)3. Dalam pada itu juga, mereka mengatakan PAS telah melalui empat tahap perkembangan iaitu tahap kemunculan (1951-1959), tahap kebangkitan (1959-1973), tahap kemuncak (1973-1977), tahap kejatuhan (1977-1990) dan tahap kebangkitan semula (1990-sekarang).
Dari sudut pembinaan ideologi perjuangan PAS, dikatakan berlaku tiga fasa iaitu:
  1. fasa penubuhan dan pembentukan ideologi (1951-1958),
  2. fasa pencernaan ideologi (1958-1982) dan
  3. fasa pengukuhan idelogi (1982-1995).

Parti Melayu Bersatu (UMNO)


Satu himpunan besar-besaran yang dikenali sebagai Kongres Melayu Se-Malaya pertama telah diatur olehPersatuan Melayu Selangor di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baharu, Kuala Lumpur pada 1 hingga 4 Mac 1946 dan seramai 41 Pertubuhan-pertubuhan Melayu telah menghantar wakil masing-masing.
Dato’ Onn bin Jaafar dari Persatuan Melayu Johor telah dipilih sebagai Pengerusi Kongres. Hampir semua wakil pertubuhan telah berucap termasuk dua orang wakil kanak-kanak.
Tiga usul telah dululuskan oleh Kongres seperti berikut:
1. Menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
2. Membantah pertubuhan Malayan Union
3. Mengadakan Derma Pelajaran Kebangsaan Melayu
Dato Jaafar Onn
Satu jawatankuasa yang terdiri dari Dato’ Onn Jaafar, Dato’ Panglima Bukit Gantang, Dato’ Nik Ahmad Kamil,Dato’ Hamzah Abdullah dan Encik Zainal Abidin Ahmad (Zaaba) telah dipilih untuk menyediakan draf Piagam atau Perlembagaan UMNO untuk dibentangkan dan diterima oleh Kongres Melayu Se-Malaya kelak.
Walaupun ada bangkangan yang hebat dari kaum Melayu, Kerajaan British tetap meneruskan rancangan mereka dan pada 1 April 1946 mengwujudkan Malayan Union. Orang-orang Melayu dan pertubuhan-pertubuhan Melayu terus membangkang dan tidak memberi sebarang sokongan terhadap Malayan Union. Pada 11 Mei 1946 di Istana Besar Johor Bahru. Kongres Melayu Se-Malaya ketiga dan perhimpunan agung pertama Pertubuhan Melayu Kebangsaan Melayu Bersatu atau PEKEMBAR (UMNO) telah berlangsung dan Piagam atau Perlembagaan (UMNO) telah diterima dan diluluskan oleh para peserta dan UMNO pun lahirlah secara rasmi.
Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj antara pemimpin awal UMNO
Tun Hj. Abdul Razak. Antara pemimpin UMNO yang berjaya dan sangat dihormati rakyat.
Terkubur UMNO dimunculkan UMNO Baru
Pada 1987 parti UMNO terbubar dengan keputusan mahkamah membatalkan pendaftaran UMNO. Ada pihak dalam UMNO menyalahkan Dr. Mahathir membiarkan perkara tersebut dibawa ke mahkamah dan membiarkan mahkamah membuat keputusan. Dr. Mahthir ketika itu ditentang oleh kem Tengku Razaleigh sebagai ‘team B’. Dr. Mahathir disokong oleh Musa Hitam dalam ‘Team A’.
Tun Dr. Mahathir Mohamad. Pemimpin UMNO yang berjiwa besar, berani , lantang dan tegas dalam tindakan
Dengan kuasa yang masih ada sebagai PM Dr. Mahathir berjaya menyingkir team penentangnya dan mandapatkan semuala harta-harta UMNO. Tengku Razaleigh yang kecewa menubuhkan parti baru ‘Semangat 46′dengan sokongan Datuk Suhaimi Kamaruddin (Presiden belia 4B).
Walau apa pun yang telah terjadi kepada UMNO , ia tetap kukuh memerintah Malaysia.

Kartun Politik: Angin Federation (1948)



Klik pada imej untuk besarkan.

Kartun politik dalam gambar di atas diambil dari akhbar Majlis bertarikh 5 Jan 1948 menunjukkan bahtera U.M.N.O. memintas sampan² P.K.M.M, C.J.A, PUTERA dan M.D.U. menuju ke pelabuhan Federation of Malaya.

Sumber: Akhbar Majlis, 5 Jan 1948

Kartun Politik: Federation of Malaya (1947)

Klik pada imej untuk besarkan.

Kartun politik dalam gambar di atas diambil dari akhbar Majlis bertarikh 22 Dis 1947. Federation of Malaya yang sepatutnya diisytihar secara rasmi menggantikan Malayan Union pada 1 Jan 1948 terpaksa ditunda kerana bantahan dan tentangan dari rakyat Malaya yang bergabung dalam PUTERA-AMCJA.

Kartun ini menunjukkan rintangan yang terpaksa dihadapi oleh UMNO dalam rancangannya dengan penjajah British untuk melaksanakan Federation of Malaya ciptaan mereka. Aku yakin kamu pasti kenal siapa pemimpin UMNO yang dikarikatur dalam kartun di atas.

Kartun Politik: Hartal (1947)

Klik pada imej untuk besarkan.

Kartun politik dalam gambar di atas diambil dari akhbar Majlis bertarikh 27 Okt 1947, seminggu selepas mogok Hartal Se-Malaya. Meriam buluh yang diletupkan dalam kartun itu berlabel 'Hartal'. Kartun ini diiringi dengan serangkap pantun sindiran yang berbunyi:
"Di sana sini berdempang dempung,
Putera dan rakannya membedilkan betung,
Tegak serentak bersama Ah Chong,
Tetapi hartal tak bererti langsung."
Sumber: Akhbar Majlis, 27 Okt 1947


Kongres Ketiga PKMM (1947)




Kongres Kedua PKMM (1946)



Klik pada imej untuk besarkan.

Diantara pemimpin² dari Parti Kebangsaan Melayu Malaya dan Angkatan Pemuda Insaf bergambar selepas mengadakan kongres yang kedua pada 25-27 Disember 1946 di Kota Melaka.

Anggota² Dewan Pimpinan PKMM yang dilantik semasa kongres:
Yang Dipertua: Dr. Burhanuddin Al-Helmy
Naib Yang Dipertua: Ishak Hj. Muhammad
Setiausaha Agung: Abdul Hamid Abdul
Penolong Setiausaha Agung: Mohamad Mustaza
Bendahari: Yahya Nassim
Penolong Bendahari: Aziz Hamidy
Ketua Pemuda: Kamaluddin Mohammad (Keris Mas)
Ketua Wanita: Shamsiah Fakeh

Sumber: Buku ‘Album Malaya Merdeka 31 Ogos 1957’, Qalam, 1957

Advertisment