Made Everyday

Sejarah

Sejarah M'sia dimulai sejak zaman Homo Malingicus datang ke Malaka.

Skor A+

Cara - cara untuk mendapat keputusan cemerlang?

Peperangan

Apakah faktor tercetusnya Peperangan Dunia Ke-2?
 

Welcome to History Online

Adakah anda merasai subjek Sejarah ini membebankan dan susah untuk diingati?
History Online mempamirkan nota-nota sejarah yang Paling Ringkas dan Padat.
Laman blog ini Khas untuk Mata pelajaran Sejarah PMR khusus untuk pelajar-pelajar Tingkatan 1, 2 DAN 3 yang AKAN mengambil Mata Pelajaran Sejarah PMR.
Semoga Anda mendapat manafaat daripada blog ini. Selamat belajar.
"SEJARAH MENGAJAR KITA ERTI SEBUAH KEHIDUPAN"
Showing posts with label Tingkatan 1. Show all posts
Showing posts with label Tingkatan 1. Show all posts

Kedatangan Orang-Orang Portugis (1511 – 1624)

Jalan cerita Ringkas Animasi Sejarah (Klik Gambar Dibawah Untuk Saiz besar)


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjqx_W40DMjhG1099HpskjdCjblVkqUgh5xJaic9aEa4c_XsRs9b9N9iXR6zN3GLIZ5ZPr3d6CGfpeRFyZWV_RDk6kwsefVew-XbSxO8IEYH3at4XwFoLS3l7H_3riDA7MLva7lnvqbCAM/s1600/Storyboard.jpg
(Gambaran Ringkas Kedatangan Portugis Ke Melaka)
Setelah menakluki Goa, Portugis mendapati bukan India tetapi sebaliknya Asia Tenggara yang boleh memberi kekayaan kepada mereka. Mereka telah mengumpul maklumat daripada setiap pelaut yang datang ke Goa dan akhirnya membuat kesimpulan bahawa sesiapa yang memerintah Melaka akan mempunyai kuasa untuk menggegarkan Venice.

Bagi mengukur kekuatan Melaka, Portugis telah menghantar sepasukan peninjau dengan lima buah kapal yang diketuai oleh Diego Lopez de Sequeira. Angkatan itu tiba di Melaka pada 11 Ogos 1509 dan de Sequeira menghantar salah seorang nakhodanya mendarat dengan membawa warkah dan hadiah dari Raja Portugis kepada Sultan. Penduduk Melaka tidak pernah melihat orang Eropah sebelum ini dan apabila kelasi-kelasi Portugis itu medarat, orang-orang Melayu mula mengerumuni mereka. Mereka amat terpegun dengan paras rupa serta warna kulit orang-orang Portugis ini. Mereka mula menyentuh janggut perang orang Portugis, mengusap kepala dan memegang tangan mereka dan menggelar mereka sebagai Benggali Putih.

Setibanya angkatan Portugis, Bendahara Melaka telah menerima kiriman warkah dan hadiah yang dibawa untuk dipersembahkan kepada Sultan. Pada mulanya, tetamu ini dilayan dengan baik tetapi keadaan berubah apabila orang-orang India dan Arab Muslim mendesak Sultan dan Bendahara agar tidak mempercayai pihak Portugis. Mereka mendakwa bahawa pihak Portugis tidak akan berpuas hati dengan hanya sekadar berkongsi keuntungan perniagaan tetapi akan merampas keseluruhannya untuk diri mereka sendiri. Justeru, satu perancangan telah dibuat untuk menangkap orang-orang Portugis dan menyerang angkatan laut mereka. Bagaimanapun, perancangan tersebut telah terbongkar apabila seorang gadis Jawa yang sedang dilamun cinta dengan salah seorang kelasi Portugis telah memaklumkan mereka. Setelah mendapati rancangan mereka telah terbongkar, pihak Melayu bertindak menangkap Ruy de Aranjo, salah seorang nakhoda Portugis bersama dua puluh kelasinya yang tidak bersenjata yang sedang membeli barang keperluan. De Sequeira gagal membebaskan tahanan tersebut dan terpaksa berlayar meninggalkan mereka.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhkgIkzt7SGSF_NxQTJKvjLQl6-7L-W6PeckkqmLHWLfaS_ZAz4jvbPV5EHaEOCF9LgSfVfDS1_vZDWdia7K9c2lLAMP-08phB59ChRYWUGMlxOJdVInmjF07kQ1SnVmx9Fy-bqeJ5zZiE/s320/Alfonso+de+Albuquerque.JPG
Apabila Alfonso D’ Albuquerque, Gabenor dan Ketua Nakhoda Portugis di Timur mendapat berita tentang penangkapan orang-orangnya, dia telah mempersiapkan sebuah angkatan yang mengandungi lapan belas buah kapal dengan 1,400 anggota yang terdiri daripada 800 orang Portugis dan 600 orang India Malabar, lalu menuju ke Melaka. Angkatan D’ Albuquerque tiba di pelabuhan Melaka pada 1 Julai 1511 dengan tujuan untuk menaklukinya dan menubuhkan sebuah kerajaan baru. Setelah mendapat berita yang D’ Albuquerque dan angkatannya telah melepaskan tembakan meriam ke atas Melaka, Sultan Mahmud Syah menuntut penjelasan tentang tindakan Portugis ini. D’ Albuquerque menuntut pembebasan orang-orangnya yang ditawan dan bayaran pampasan ke atas kerugian yang mereka tanggung. Sultan Mahmud Syah menggunakan pelbagai helah dan melengah-lengahkan masa bagi memperkukuhkan lagi kubu pertahanan serta mempersiapkan segala bekalan di kedua belah bahagian Melaka yang dipisahkan oleh sungai. Pihak Portugis hilang sabar dan mengambil keputusan untuk membakar sebahagian rumah yang terletak di persisiran pantai serta kapal-kapal perdagangan yang sedang berlabuh kecuali tongkang-tongkang China dan kapal-kapal India dari Tanjung Kormorin.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjuRrEgJ6X4UeDjPj1tcN15jQFlvG9wiKw4kNec3Hh5SCPymx-WYG4lhE6mdWq27XKOdMFQZK6hqslcSELdAe9bYFQm8sT5TgcOSLmxoQk1tBBO34X94USNjPvf_zWdErNqGzMt6PHnBdA/s400/4.jpg
Justeru, Melaka membebaskan semua tawanan akan tetapi D’ Albuquerque masih belum berpuas hati. Dia mengarahkan satu serangan dilakukan ke atas kota Melaka. Kota Melaka terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian utama kota dan bahagian pinggir kota di seberang sungai di mana para pedagang menetap. D’ Albuquerque merancang untuk menguasai jambatan yang menghubungkan kedua bahagian kota ini bagi menghalang mereka daripada saling bantu membantu di antara satu sama lain. Serangan tersebut dilancarkan pada 25 Julai 1511. Beliau sendiri mengetuai sepasukan beberapa ratus anggota tentera ke bahagian utara kota manakala sepasukan lagi bertindak menyerang jambatan. Maka berlakulah pertempuran sengit di antara tentera Portugis dengan tentera Melayu dan Jawa, yang mengakibatkan ramai yang cedera parah atau terbunuh. Pihak Portugis akhirnya terpaksa mengundurkan diri kembali ke kapal mereka dengan membawa askar yang tercedera. Serangan pertama mereka gagal.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg84uGAOrovyywUBfslf25yYgzHLakDo5loK63Iz4yGgtIRJukWAtes9KJfVUoTliEgmSEmY879Q-LA9kygJh0UeuHO-b79e8M6kyA8twLfBO7YDbc5DRqLXNByE0sC18J98g2Y-wZVOSk/s400/serang+kota+lama+1+-+webpage.JPG
Selang beberapa hari kemudian, D’ Albuquerque menyerang Melaka sekali lagi dan akhirnya Melaka telah jatuh ke tangan Portugis pada tanggal 10 Ogos 1511. Justeru, Sultan Mahmud Syah dan keluarganya berundur ke Ulu Bertam, Pahang. Pengunduran Sultan ke Ulu Bertam membolehkan pihak Portugis melenyapkan saki-baki tentangan dari tentera diraja yang terdiri daripada orang-orang Melayu, Gujerat dan India. Tentera Portugis menawan setiap penjuru kota serta membunuh sesiapa sahaja yang disyaki menentang mereka, tidak kira lelaki, perempuan atau kanak-kanak. Orang-orang dari Pegu, Burma dan orang-orang Hindu dari Tanjung Kormorin dibenarkan meninggalkan Melaka tetapi terpaksa menyerahkan segala harta benda mereka kepada Portugis.
Pada 24 Ogos tahun 1511, Alburqueque telah mengarahkan askar-askarnya merampas semua harta benda dan barang-barang bernilai milik Sultan dan rakyat Melaka. Di antara barang-barang yang dirampas adalah pasu, jongkong emas, barang kemas, batu permata, kain sutera, wangian dan dua ribu meriam tembaga. Kubu dan istana Kesultanan Melayu Melaka akhirnya musnah dan kesemua barangan bernilai habis dirampas. Keagungan dan keunggulan Kerajaan Melayu Melaka hilang akibat serangan Portugis.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhQU6tjfFz2Kdq5QvMMb7OouE4nyhlTkmX8ss43YNUH9GxLz16kuKHug4Ds5sC7W56ze-F0sca-HKXXMxCmjpJjIICPy_hUJVPbVkRxaaK0T3sGQKGmJQYpsR6EHWIaHLsYV3KZk8wq0bw/s320/afamosaplan.jpg
Bagi mempertahankan dan memperkuatkan lagi pengkalan Portugis, Alburquerque telah membina sebuah kubu yang terletak di antara kawasan tanah tinggi dan Sungai Melaka. Kubu tersebut dikenali sebagai A Farmosa. Beratus-ratus pekerja, hamba dan tawanan perang telah dikerah untuk membina kubu tersebut. Batu-batu daripada masjid-masjid yang telah musnah dan makam-makam diraja telah digunakan untuk membina tembok tebal kubu ini. Di dalam kubu tersebut dibangunkan pula Istana Gabenor dan istana Paderi Besar, kamar Dewan Kerajaan, beberapa gereja, berek-berek, dua buah hospital, biara dan sebuah penjara.
Alburquerque juga telah berjaya menghapuskan tentangan dari Utimutiraja, Sultan Ahmad dan orang-orang Jawa yang ingin merampas Melaka kembali dari tangan Portugis. Beliau telah melantik Rui de Brito sebagai Gabenor dan Nina Chattu sebagai Perdana Menteri. Beliau kemudiannya memastikan keamanan serta aktiviti perdagangan dipulihkan dengan menggalakkan pedagang-pedagang membuka kembali perniagaan mereka. Selain itu, beliau juga telah menghantar beberapa misi persahabatan ke Siam, Jawa, China dan Kepulauan Maluku. Magellan, yang merupakan orang pertama belayar ke seluruh dunia dari tahun 1519 hingga ke tahun 1522, adalah salah seorang pegawai Albuquerque ketika penawanan Melaka.

Bagi memastikan perdagangan berjalan lancar, Albuquerque telah memperkenalkan mata wang yang baru di Melaka. Walaupun aktiviti perdagangan secara amnya dijalankan secara barter, terdapat juga beberapa urus niaga yang dijalankan dengan menggunakan wang timah Melayu. Wang baru yang diperkenalkan oleh Portugis adalah dalam bentuk timah atau tembaga, perak dan emas.
Apabila beliau telah berpuas hati dengan keadaan di Melaka, Albuquerque pun kembali ke markasnya di Goa. Beliau meninggalkan Melaka pada Januari 1512, membawa bersamanya kesemua khazanah Melaka untuk dipersembahkan kepada Raja dan Permaisuri Portugal. Walau bagaimanapun, kapalnya, Flora de la Mar, telah dilanda badai di perairan barat Sumatra. Hampir kesemua barang-barang yang dibawanya hilang, namun beliau bernasib baik kerana terselamat dari bencana tersebut.

Sultan Muzaffar Syah : Pemerintah Kelima Melaka


Raja Kassim, anakanda Sultan Muhammad Syah bersama Tun Wati, telah ditabalkan sebagai pemerintah kelima Melaka setelah kemangkatan Sultan Abu Syahid. Baginda bergelar Sultan Muzaffar Syah. Setelah pertabalan baginda sebagai pemerintah Melaka, Sultan Muzaffar Syah telah mengarahkan pegawai kanannya untuk melaksanakan segala adat istiadat, tradisi dan larangan yang diperkenalkan oleh almarhum ayahandanya. Sultan Muzaffar Syahmengahwini anak Seri Amar Diraja, iaitu Perdana Menteri ketika itu dan dikurniakan seorang putera bernama Raja Abdullah.

Apabila Bendahara Seri Wak Raja (I) meninggal dunia, Sultan telah melantik Tun Perpatih Serdang, anak kepada Allahyarham Bendahara, sebagai Bendahara Melaka dan diberi gelaran Seri Wak Raja (II). Akan tetapi, Seri Wak Raja (II) telah mengambil nyawanya sendiri dengan meminum racun apabila beliau tersalah anggap yang Sultan telah murka kepadanya. Beliau meninggalkan seorang anak perempuan, Tun Kudu dan dua anak lelaki, Tun Perak dan Tun Perpatih PutihSultan Muzaffar Syah kemudiannya mengahwini Tun KuduTun Perak yang pada ketika itu tidak memegang sebarang jawatan di Melaka telah dihantar oleh Sultan Muzaffar Syah untuk mejadi ketua di Kelang.Seri Nara Diraja pula memegang jawatan sebagai Bendahara Melaka.
(Tun Perak)
Ancaman yang mendatang dari Ayuthia, ibu negara Siam, menjadi kenyataan dengan terjadinya serangan ke atas Melaka melalui jalan darat pada tahun 1446. Tun Perak membawa orang-orangnya dari Kelang ke Melaka untuk menangkis serangan Siam. Daya pertimbangan dan kepimpinan beliau yang hebat telah menarik perhatian Sultan. Baginda yang mempunyai harapan yang tinggi untuk melihat Melaka terus berkembang maju, telah melantik Tun Perak sebagai Bendahara.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEikXlOlwQDL01XnYimvo8AAZQzpZdytZgGGVzgo8wRdFnlgneSQaNYarJfgiZ3wdh0q9AUkV5fTrY1fAFY3As_-5T9-vDlMU_lSIbIbRVmslboN_OHBT_JCOPRZfL4XC5HiWwDcgiN5Uz0/s400/siam_1686_l.jpg
(Peta Empayar Siam yang menjadi Ancaman Kepada Kerajaan Melayu Melaka Ketika Itu)

Peningkatan Tun Perak di persada politik telah mencetuskan ketegangan di antara beliau dan Tun Ali. Melihat persengketaan di antara dua pemimpin kesayangannya ini boleh membawa kepada perpecahan di kalangan penduduk Melaka, Sultan Muzaffar Syah telah mengadakan perbincangan dengan Tun Ali, yang merupakan seorang duda yang telah berumur pada ketika itu. Tun Ali bersetuju untuk meneruskan peranannya dengan syarat beliaudibenarkan untuk mengahwini Tun Kudu, yang merupakan salah seorang isteri Sultan. Sultan Muzaffar Syah berkenan untuk menceraikan isterinya itu demi kestabilan politik dan Tun Kudu juga telah bersetuju untuk berkahwin dengan Tun Ali, demi kesejahteraan negara. Pengorbanan Sultan Muzaffar Syah dan Tun Kudu tidak sia-sia.Tun Ali dan Tun Perak menjadi sahabat karib dan sentiasa berkerjasama dalam membangunkan Melaka. Tidak lama kemudian, Tun Ali sendiri memohon kepada Sultan untuk melantik Tun Perak sebagai Bendahara. Justeru, Sultan telah melantik Tun Perak sebagai Bendahara dengan gelaran Paduka Raja di sekitar tahun 1456.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgPaMm5QX4QLl1CxsmT0TZEFC0mzVAlmm-kIlS04-ne_i3siRNt6oeKmujtYf7Yaw3gw4A5JDhoQ9OsEHoHgLrg3AKP6p3tiIDut0aGCkjsqzGQ4P_f9w87wSPGv3EsKo4FJoJsC84Rag/s400/siam-ayuthia1.jpg
(Gambaran Pelukis Mengenai Suasana Dalam Istana Ayuthia)
Kerajaan Siam, yang berpusat di Ayuthiaberazam untuk menakluki Melaka walaupun serangan mereka sebelum ini melalui jalan darat telah berakhir dengan kekalahan di pihak mereka. Pada tahun 1456, sewaktupemerintahan Raja Boromo Trilokanat, Siam telah membuat rancangan untuk menyerang Melaka melalui laut. Apabila Kerajaan Melaka mengetahui tentang rancangan ini, ia telah mempersiapkan angkatan lautnya dan membuat keputusan untuk mematahkan serangan Siam di Batu Pahat. Angkatan tersebut diketuai oleh Tun Perak dan dibantu oleh Tun Hamzah, seorang pahlawan yang digelar Datuk Bongkok. Satu pertempuran sengit telah berlaku di antara kedua belah pihak dan ini merupakan peperangan yang pertama bagi Melaka. Namun demikian, Melaka yang mempunyai kelebihan dari segi kemahiran dan pengetahuan telah berjaya menghalau angkatan Siam hingga ke Singapura dan seterusnya memaksa mereka pulang. Kemenangan Melaka dalam peperangan ini telah menyuntik semangat baru dalam menyusun strategi untuk mengembangkan pengaruhnya di kepulauan Melayu. Kemenangan ke atas Siam juga telah membawa kepada kestabilan politik di Melaka dan mengukuhkan lagi reputasinya di Asia Tenggara. Namun demikian, Sultan Muzaffar Syah telah mangkat selepas serangan dari Siam itu pada tahun 1456.
[muzzaffar1.jpg]
(Makam Sultan Muzaffar Syah)

Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (1909)


http://kebunketereh.com/wp-content/uploads/2010/06/Tanah-Melayu.png
Warna Biru : Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu
Warna Kuning : Negeri-Negeri Melayu Bersekutu
Pada tahun 1906, permintaan bagi getah telah naik secara mendadak apabila kereta mula dicipta kerana ia diperlukan dalam pembuatan tayar di kilang-kilang di seluruh dunia terutamanya di Amerika Syarikat. Harga pasaran getah meningkat dengan mantap dan peladangan getah menjadi industri utama di Malaya.
Pihak British seterusnya mahu menjadikan keseluruhan Malaya sebagai jajahannya dan menetapkan sempadan yang jelas di antara Siam dan Tanah Melayu. Satu perjanjian telah ditandatangani dengan Siam pada tahun 1909 di manaKelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis telah dijadikan negeri naungan British. Negeri-negeri ini dinamakanNegeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu dan Penasihat-penasihat British telah dihantar untuk membantu Sultan mentadbir negeri-negeri tersebut dengan teratur. Pada Tahun 1914, Johor telah menandatangani satu perjanjian dengan pihak British bagi menerima khidmat Penasihat British dan menjadi sebuah Negeri Melayu Tidak Bersekutu.
Justeru, selepas tahun 1914, Tanah Melayu terbahagi kepada 3 unit politik iaitu :
(a) Tanah Jajahan Mahkota Negeri-negeri Selat yang terdiri daripada Singapura (termasuk Pulau Krismas dan Pulau Kokos), Pulau Pinang dan Seberang Prai, Melaka dan Labuan.
(b) Negeri-Negeri Melayu Bersekutu yang terdiri daripada Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang.
(c) Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu yang terdiri daripada Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis dan Johor.

Advertisment